Terma & Syarat

Sila Patuhi Terma & Syarat

  • Sebut harga yang diberikan adalah termasuk semua kos, tiada caj-caj tersembunyi lain yang perlu dibayar lagi.
  • Jangan tinggalkan barangan/aksesori berharga yang ada dalam kenderaan anda. Sekiranya hilang pihak syarikat tidak akan bertanggungjawab.

Insurans Marin

  • Insurans marin (personal) akan disediakan atas permintaan pelanggan. Kenderaan yang dilindungi insurans marine boleh menuntut ganti rugi jika berlaku kerosakan sepanjang perjalanan kenderaan menggunakan kapal, termasuklah jika kapal tenggelam dan sebagainya.

Contoh pengiraan insurans marin :

Katakan nilai kereta = RM100,000.00

Caj Insurans = RM100,000.00 X 0.35% + Stamp Duty (RM10.00)

Jumlah =  RM350+RM10

Pembayaran & Penyerahan

  • Semua pembayaran mestilah diselesaikan sebelum kapal berlayar. Pembayaran adalah melalui tunai, cek atau online
  • Deposit hanya dikenakan apabila confirm booking dibuat ke atas kenderaan yang perlukan servis pick up.
  • Serahan kenderaan sebelum jadual kapal:
    • Selewat-lewatnya 1 hari bekerja sebelum jadual kapal bagi yang hantar sendiri ke pelabuhan.
    • Dalam tempoh 1 minggu sebelum jadual kapal untuk pick up dari tempat anda.
  • Kenderaan anda dibuat pemeriksaan terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada kami.
  • Ganti rugi kerosakan hanya akan dilakukan atas kerosakan kenderaan & aksesori asal sahaja yang disebabkan kecuaian pihak syarikat.
  • Isi barang-barang dalam kenderaan adalah percuma, tiada extra caj TIADA GANTI RUGI ke atas risiko barang-barang persendirian yang dibawa dalam kenderaan termasuklah aksesori tambahan (modified/bikin)
  • Pembatalan booking 3 hari sebelum jadual kapal adalah percuma.
  • Sebarang kelewatan kapal/perubahan jadual yang dibuat oleh shipping liner adalah tertakluk kepada perubahan semasa syarikat perkapalan. Kami sebagai ejen penghantaran tidak bertanggungjawab keatas perubahan masa dan tarikh yang dibuat ke atas jadual kapal.
  • Semakan status semasa perjalanan kapal boleh dilihat di www.marinetraffic.com
  • Proses penghantaran hanya dilakukan sekiranya anda bersetuju dengan semua syarat di atas.