Panduan Meletakkan Muatan

Panduan Muatan

Muatan dalam kenderaan sebenarnya adalah “DILARANG” sama sekali. Namun atas sebab keperluan para pelanggan, pihak syarikat bersetuju membenarkan pelanggan membawa muatan dengan bersyarat iaitu “PIHAK SYARIKAT TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DI ATAS SEBARANG KEHILANGAN BARANG MUATAN”

Tiada kos tambahan dikenakan sekiranya tuan/puan ingin membawa muatan barang di dalam kenderaan yang ingin dihantar. Namun pelanggan Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap barang-barang yang dibawa.

Syarat-syaratnya

  • Muatan mestilah TIDAK menyalahi undang-undang Pihak Berkuasa Kerajaan Malaysia.
  • Muatan mestilah TIDAK berbahaya (bahan api, mercun, tong gas dll) dan berisiko tinggi (barang kemas, hand phone, laptop atau wang).
  • Muatan BOLEH memenuhi ruang tempat duduk belakang dan bonet belakang sahaja.
  • Tidak digalakkan untuk membawa muatan terlalu banyak sehingga melebihi tempat duduk hadapan. Muatan di luar kenderaan atau di atas kenderaan adalah tidak dibenarkan.
  • Sekiranya kenderaan tuan/puan dipasang aksesori yang mahal (seperti pre amp, tweeter), sila buka dan simpan dahulu di dalam kotak bagi mengelakkan daripada berlakunya kehilangan.
  • Kosongkan laci atau ruang penyimpanan dashboard daripada segala barang peribadi seperti GPS, Kad Touch n Go, Smart Tag, buku servis, dan lain- lain lagi.
  • Jika perlu simpan alas kaki anda dalam kotak dan bungkuskan kotak tersebut dengan plastik berulang kali.
  • Pelanggan mestilah menyusun barang dalam keadaan teratur dan kemas.
  • Hanya dua kaedah yang dibenarkan membawa barang di dalam kenderaan ialah dengan cara memasukkan barang-barang tersebut:-  

     i. KOTAK (kotak berkualiti dan tebal)  

     ii. BEG BERKUNCI sahaja.